Port In gagal. Apakah maksud kod-kod reject tersebut?


Nombor Dokumen ID Salah

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah;

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah;

SP12 – Nombor ID Polis/ID Tentera salah;

SP13 – Nombor Pasport salah.

Remark/ Resolution: Butiran pemilik SIM tidak sepadan di kedua-dua telco sedia ada dan Halo Telco.

Anda boleh semak sama ada Kad Pengenalan anda telah didaftarkan dengan betul di Pembekal Perkhidmatan Sedia Ada anda ataupun dengan menghantar SMS kepada yang berikut (nota: tidak perlu ada ruang atau aksara khas dalam ID):

Untuk Celcom: CHECK <space> <ID> <space> NRIC send to 22099

Untuk DiGi: CHECKID <space> <ID> hantar ke 2000

Untuk Maxis: <ID> hantar ke 22011

Untuk U-Mobile: <ID> dan hantar ke 28011


Jika Nombor tersebut bukan didaftar atas NRIC anda di telco asal, anda boleh:

1. Menggunakan SIM kad yang telah didaftar tanpa port-in. Nombor telefon sementara telah wujud, atau;

2. Membuat permintaan MNP untuk nombor tersebut menggunakan NRIC pemilik nombor yang betul atas SIM kad yang baru.



SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal;

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak;

SP59 – Melebihi had Kredit.

Remark/Resolution : Isu bil ataupun tunggakan.

Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut masih mempunyai kontrak atau bayaran tertunggak. Pemilik asal perlu

membuat bayaran penuh & batalkan kontrak sedia ada. Setelah itu, sila minta dealer yang membuat pendaftaran/emel ke mnp@halogo.my untuk Re-submit semula permohonan MNP.



SP54 – Nombor yang hendak di MNP bukan dari donor yang di daftar.

Remark/Resolution : Pembekal Perkhidmatan Sedia Ada tidak betul.

Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (donor asal). Setelah mendapat pengesahan, sila minta dealer yang membuat pendaftaran/emel ke mnp@halogo.my untuk membuat pertukaran Pembekal Perkhidmatan Sedia Ada dan Re-submit semula permohonan MNP.



SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi. Pengguna boleh guna SIM Tune Talk tersebut yang mempunyai nombor yang sedia ada.



SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line);

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan;

SP58 – Sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.

Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) untuk asingkan/tamatkan talian tambahan (Supplementary Line). Semua nombor mestilah didaftar sebagai akaun individu dan talian utama masing-masing. Setelah pembetulan berjaya, sila minta dealer yang membuat pendaftaran/emel ke mnp@halogo.my untuk Re-submit semula permohonan MNP.



SP61 – Nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela.

Remark/Resolution : Pelanggan perlu semak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Pastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut. Setelah pembetulan berjaya, sila minta dealer yang membuat pendaftaran /emel ke mnp@halogo.my untuk Re-submit semula permohonan MNP.



SP71 – User TIDAK / LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada donor asal.

Remark/Resolution : Sekiranya pengguna tidak membalas SMS pengesahan port out dalam masa yang tertera, ia akan tamat tempoh. Dalam kes ini, Halo Go akan hantar semula permintaan MNP secara automatik. Pengguna akan menerima SMS pengesahan MNP sekali lagi dalam masa 4 hingga 12 jam. Balas SMS pengesahan dalam masa 10 minit. Jika tidak berjaya, permintaan MNP akan dihantar secara automatik sebanyak 5 kali.


Sekiranya masih tidak berjaya, MNP boleh dihantar secara manual oleh ejen yang mendaftarkan atau perkhidmatan pelanggan Halo Go secara manual. Sila minta dealer yang membuat pendaftaran /emel ke mnp@halogo.my untuk Re-submit semula permohonan MNP



MPG1664 – Port Out in progress for some/all numbers.

Remark/Resolution : Sila membuat pertanyaan di Live Chat atau emel ke mnp@halogo.my untuk membuat semakan. Permohonan PENDING hanya boleh dibatalkan selepas maklum balas dari user.